Monday, August 30, 2010

Rozalina 1

Gadis sederhana tinggi berbaju kurung biru lembut itu melangkah agak laju ke arah ruang ketibaan. Sesekali tangannya lincah menarik baju yang tersarung di tubuhnya. Tidak selesa. Lingas pula matanya mencari kelibat insan yang ditunggu-tunggu sejak hampir sejam yang lalu. Naik lenguh dia berdiri dengan pakaian yang tidak disukai sejak dulu lagi. Baju kurung! Baginya, baju itu hanya akan dipakai apabila menjelangnya Hari Raya. Hari-hari lain, hanya baju T dan seluar sahaja yang disarungi.

Dalam asyik bermonolog, tiba-tiba dia terasa dilanggar dari belakang dengan agak kasar. Hampir sahaja dia tersemban mencium lantai sebelum tubuhnya dipaut erat. Setelah berjaya berdiri stabil, pantas dia berpaling. Ingin mengetahui dan menyembur insan yang buta di siang hari itu. Baru sahaja dia ingin bersuara, insan bertuah itu terlebih dulu berbicara.

“Jangan nak marah abang kat sini, okay.”

“Abang!”, jerit si gadis geram. Pasti lelaki itu memang sengaja melanggarnya tadi.

“Abang minta maaf. Hmm.. cantik la adik abang pakai baju kurung. Jarang dapat peluang tengok Ina macam ni. So sweet.” Bicaranya mendapat jelingan maut daripada gadis di hadapannya itu.

“Dah, tak payah nak puji-puji kita. Ni semua abang yang pandai-pandai mintak di jemput tapi kena pakai baju kurung. Lecehlah.”

“Alahai, ciannya adik abang ni. Takpe, lepas ni boleh pakai selalu. Baru jadi perempuan sejati.” Sengaja lelaki itu berkata sedemikian untuk mengusik adik kesayangnnya itu walau dia amat arif akan diri adiknya itu.

Sekali lagi jelingan tajam menjadi santapan matanya.

“Dahlah tu, bang. Jom,” ujar si adik tanpa menghiraukan usikan si abang.

“INA, tolong abang angkat beg-beg tu. Kesian kat abang, tentu dia letih,” arah Latifah apabila menyedari anak bongsunya itu melangkah masuk ke dalam rumah dengan tangan kosong.

Rozalina kembali semula ke pintu dan mencapai beg yang paling kecil di antara lima buah beg yang terdapat di situ. Masam wajahnya melihat senyuman kemenangan yang terukir di bibir Fuad. Laju langkahnya menuju ke tingkat atas. Beberapa minit kemudian dia kembali dengan jeans longgar berwarna gelap dan baju T yang agak besar daripada saiz tubuh kecilnya.

“Aik, pakai balik baju gedabak dia tu? Ina, kan abang dah pesan, jangan pakai lagi baju-baju macam tu. Tak sesuai,” kedengaran suara lembut Fuad dari arah ruang tamu.

Fuad dihampiri sebelum duduk di sebelah lelaki itu, berhadapan dengan ibunya. Cepat sahaja tangannya mencapai karipap di dalam pinggan lantas menggigitnya tanpa menghiraukan tiga pasang mata yang memerhatikannya sejak tadi.

“Abang cuti lama tak?” Soal Rozalina seraya memandang wajah tenang Fuad. Mengharap jawapan daripada lelaki itu.

Lelaki itu menggeleng perlahan sebelum berkata,” Seminggu je. Lepas tu dah kena masuk kerja balik.”

Rozalina mencebik. “Bosanlah abang ni. Baru nak dapat lepak dengan dia lama-lama.” Karipap rangup itu terus dikunyah tanpa mempedulikan jelingan ibunya. Geram kerana dia bercakap ketika mulut penuh berisi. Namun, amaran itu tidak lama apabila tiba-tiba dia berasa pedih di pehanya akibat tamparan tanpa amaran daripada wanita berusia awal 40an itu.

“Mama, sakitlah!” ujarnya dengan nada manja.

“Kan mama dah cakap, kalau mulut penuh, jangan bercakap. Habiskan dulu makanan tu,” ujar Latifah mengingatkan anak gadisnya itu dengan wajah tanpa reaksi.

Rozalina kalih pandangan pada Fuad. “Abang, tengoklah mama ni. Macam manalah orang nak kamceng dengan mama kalau tangannya tu cepat je nak mendarat kat badan orang. Tanpa amaran pulak tu,” adunya dengan wajah seposen. Hanya gelak panjang yang kedengaran sebaik dia berkata begitu.

Fuad hirup air di cawan seketika tanpa memandang wajah adik bongsunya itu. “Biasalah mama tu. Bukan Ina tak tau, itu untuk kebaikan Ina jugak. Kalau kat tempat orang, macam mana? Ha, kan susah nak cover."

Gadis itu tarik muka. Nampaknya tiada sesiapa yang akan menyebelahinya. Pantas tv yang terpasang sejak tadi dipandang dingin. “Tak nak kawan dengan abang, mama, papa.”

“Aik, papa yang senyap daripada tadi pun kena jugak ke?” soal Aziz buat muka kerut seribu. Pantas dijawab oleh anak gadisnya itu, ”Papa tu bukan orang tak tau. Diam-diam kata kita jugak. Papa kan sentiasa sebelah mama.”

Aziz sembunyi gelak. Begitu juga dengan Fuad dan Latifah. Namun tidak lama apabila sesaat kemudian ruang tamu itu penuh dengan gelak mereka. Rozalina tahan geram bercampur lucu. Cuba dikawal. Fuad yang menyedari pantas memanjangkan tangan menggeletek si adik. Kuat suara gadis itu mohon dilepaskan daripada ‘seksaan’ itu. Memang dia tidak tahan geli apatah lagi abangnya yang seorang ini memang arif mengenainya.

“Sudah-sudah! Orang mengalah,” ujarnya seraya bangkit dari duduk dan tegak di sebelah sofa. Termengah dia seketika dan cuba stabilkan sistem pernafasan.

Fuad di atas sofa juga semput. Rozalina ligat dan aktif bergerak. Bersusah payah dia cuba mencari sasaran namun akhirnya dilepaskan juga. Simpati melihat mimik muka Rozalina yang semput dan mendengar suaranya yang terjerit-jerit. Mujur adiknya itu tiada masalah pernafasan. Kalau tidak, sudah pasti sekarang mereka sedang berada di hospital.

Aziz dan Latifah pulak masih cuba kawal gelak setelah menyaksikan Rozalina lembik dikerjakan anak sulung mereka itu. Senang hati mereka melihat kemesraan anak-anak mereka. Biarpun Fuad lebih tua lima tahun daripada Rozalina namun mereka tetap akrab. Mungkin kerana Fuad satu-satunya abang yang rajin melayani kerenahnya.

Pantas Fuad meneguk airnya sehingga habis. Perlahan mulutnya dikesat dengan tisu sambil melirik ke arah Rozalina yang masih setia tercegat di sisi sofa yang didudukinya. Dia sembunyi senyum seraya bangkit dari duduk dan memandang kedua-dua ibu bapanya.

“ Fuad naik atas dulu ya, mama, papa. Nak rehat,” ucapnya perlahan.

“Iyalah. Pergilah, Fuad tu letih lagi. Zuhur karang mama kejut,” jawab Latifah sebelum melihat anaknya itu meninggalkan ruang tamu. Rozalina kembali melabuhkan punggung di atas sofa setelah Fuad berlalu ke tingkat atas. Masam wajahnya.

“Ina ni kenapa? Masam semacam je,” tutur Aziz sambil menjeling isteri di sebelah. Si isteri sekadar angkat bahu. Tanda turut tidak mengerti akan perangai si anak hari ini.

Rozalina capai kusyen kecil berwarna biru laut dan memintal bucu kusyen tersebut sambil tarik muncung.

“Orang bosanlah. Baru nak sembang-sembang dengan abang tu. Orang nak kerja, mama dengan papa tak bagi,” bicaranya tanpa semangat.

“Owh. Ina kan tau, abang Fuad kamu tu letih. Lebih 10 jam dia dalam penerbangan, balik rumah biarlah dia rehat. Pasal kerja tu pulak, bukan mama dengan papa saja-saja tak bagi. Kalau boleh biarlah lepas majlis konvo Ina. Kami ni nak bagi Ina rehat puas-puas dulu sebelum Ina kena bertungkus-lumus kerja nanti.” Panjang lebar penjelasan Latifah kepada Rozalina.

“Okay, acceptable,” jawab Rozalina lemah. Perlahan dia bangkit dari duduknya dan menapak ke tingkat atas. Ada agenda terbaru untuk mengganggu Fuad selepas ini. Biar lelaki itu berehat terlebih dahulu. Senyuman nakal terukir dan di minda sudah terlakar ‘kerja gila’ yang akan dilaksanakan sebentar nanti.

1 comment: