Monday, March 15, 2010

mahligai impian 1

Fatihah melihat penampilannya sekali lagi di arca cermin. Sudah masuk kali kedua di ke tandas. Sedikit gabra menanti namanya untuk dipanggil. Setelah berpuas hati dengan kekemasan pakaiannya, Fatihah melangkah keluar dan kembali ke ruang menunggu yang disediakan untuk calon-calon temuduga hari ini. Setiap kali bertemu pandang dengan calon-calon yang lain, senyuman manis pasti dihadiahkan. Ikhlas.Dalam masa yang sama sempat dia mengimbas kembali perbualannya dengan ayahnya, Encik Azman pagi tadi. Sengaja Fatihah tidak memaklumkan kepada lelaki berusia lewat 40an itu perihal dirinya yang akan menghadiri temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai pembantu tadbir hari ini.

"Nurul Fatihah Azman!" Panggil seorang wanita berbaju kurung biru laut di hadapannya. Fatihah segera bangkit dari duduknya dan melangkah yakin menuju ke bilik khas yang ditunjukkan oleh wanita tadi. Setiap langkahnya diiringi dengan selawat. Pintu yang tertutup rapat itu di ketuk perlahan. Sebaik diizinkan masuk, Fatihah segera melangkah masuk dan sekali lagi senyuman penuh keyakinan dilemparkan.

"ADIK!!"
Fatihah segera menoleh. Kelihatan kelibat satu-satunya abang yang dia ada, Farhan sedang memandangnya dengan pandangan pelik. Ditangan lelaki itu dua biji mug berisi milo panas, minuman kegemaran mereka. Fatihah yang duduk di buaian besi di taman mini di belakang rumah dihampiri. Sebiji mug dihulur.

"Terima kasih. Baik pulak along bancuh air untuk adik hari ni. Ada apa-apa ke?" Soal Fatihah sambil menghirup perlahan air milo tersebut.

"Along memang baik. Lagipun hari ni 'maid' along tak ada. Terpaksalah buat sendiri," jawab Farhan perlahan. Fatihah yang sedang manghirup minumannya tersedak. Mengerti akan maksud bicara lelaki berusia 27 tahun itu.

"Ohh...selama ni along anggap adik ni maid la. Sampai hati Along..." riak sedih ditunjukkan. Farhan gelak kuat. Pandainya adik aku ni berlakon.

"Ala...cayang bucuk-bucuk. Meh sini along pujuk orang yang sedang bersedih ni."

"Benci la along ni. Ada je dia nak usik kita."

Farhan senyum lebar mendengar kata-kata yang terluah dari bibir mungil itu.
"Ha, baru along ingat. Tadi ayah cakap adik keluar, adik pergi mana?" Farhan memandang Fatihah agak lama. Kebiasaannya, Fatihah akan memaklumkan kepadanya jika ingin pergi ke mana-mana. Malahan, gadis berusia 24 tahun itu jarang keluar jika dia tidak menjadi temannya.

Fatihah senyap. Masih berkira-kira sama ada mahu berterus terang dengan lelaki di hadapannya ini atau tidak. Setelah hampir dua minit mendiamkan diri, akhirnya dia menjawab perlahan.

"Adik pergi interview.."

Farhan memandang Fatihah seakan tidak percaya dengan apa yang baru sahaja didengarnya.

"Are you kidding, dear?" Farhan inginkan kepastian.

"Nope. I'm serious. I attended an interview session this morning," jawabnya sambil menatap wajah Farhan. Sudah dijangka penerimaan lelaki itu terhadap kata-katanya.

"Adik tahu penerimaan along macam ni. That's why I'm trying to....."

"Wait...wait. Along tak marah, okey. Along cuma tak sangka yang adik kesayangan along ni dah dewasa. Selama ni, along ingat adik tak berani pun nak pergi mana-mana tanpa kebenaran sesiapa kat rumah ni."

"Tapi along mesti janji yang along akan sembunyikan hal ni, tau. Kalau adik memang dapat kerja tu, barulah adik akan bagi tau kat semua orang. Boleh?"
Farhan pandang wajah gebu Fatihah lama. Sengaja ingin menguji gadis itu.

"Along!"

"Menurut perintah, tuan puteri. Adik ni, baru acah sikit dah gelabah tahap gaban. Dah, jom masuk. Sejuk kat luar ni. Karang tak pasal-pasal Cik Nurul Fatihah ni jadi pesakit kat hospital tempat along bekerja tu."

"Bagus jugak tu. Nak jugak merasa treatment dari abangku sayang ni."
Farhan sudah tergelak kuat mendengar kata-kata Fatihah. Tiba-tiba Fatihah berlari pantas meninggalkannya yang masih terkial-kial untuk turun dari buaian besi.

"Siapa lambat kena belanja makan kat KFC hujung minggu ni!!" Jerit Fatihah sambil meneruskan larian.
"Adik, it's not fair okey. You're so....." serentak dengan itu Farhan berlari pantas mengejar Fatihah yang sudah meloloskan diri ke dalam rumah. 'Siaplah adik lepas ni.'

No comments:

Post a Comment